Projek Amal Bantu Gelandangan Oleh Amal Idea Master & Hai Blogger! - Kerja Amal

Kitorang memang suka buat kerja amal sebab Aten dapat belajar untuk mengenal diri dan lebih bersyukur. Ramai orang yang dekat luar sana hidupnya lebih susah berbanding kita. Bila Aten nampak kehidupan diorang, Aten rasa bersyukur sangat dengan kehidupan Aten sekarang.

Aktiviti yang dijalankan berlokasi di sekitar ibu kota. Kami bergerak dari "check point" ke sekitar ibu kota mencari gelandangan pada jam 10 malam dan activiti dijalankan selama lebih kurang 2 jam. Memang penat tapi lepas Aten dapat tengok kegembiraan di wajah mereka lepas dapat makanan dan baju baru, Aten rasa penat tu semua hilang.

Kitorang mula-mula dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kemudian kitorang bawa semua makanan dan pakaian untuk diagih-agihkan.

Terima kasih kepada Idea Master & Hai blogger kerana tanpa mereka, event ini tidak akan berjaya. Idea Master adalah sebuah syarikat pembekal tshirt printing, baju korporat dan cenderamata korporat terbesar di Shah Alam.

Idea Master Creation Sdn Bhd

(for shirt or company uniform printing)
VG-4 Jalan Plumbum V7/V, Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

(for trophy & medal printing)
Idea Master Global Sdn Bhd,
No.8A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Instagram : @ideamaster2u
Facebook: ideamasterpage


No comments:

Post a Comment