Kursus Kahwin di Putrajaya - Kursus Pra Perkahwinan Al- Shahir Management

Yeayyyyy.. Akhirnya Fatin and Feeq dah pun khatam kursus kahwin di Putrajaya. Baru je semalam kitorang pergi kursus. Banyak ilmu yang kitorang dapat. Kitorang memang berpuas hati sangat dengan servis Kursus Pra Perkahwinan Al- Shahir Management. Ini bukan sponsor post ye hehehe. Kitorang pilih Al- Shahir Management sebab servis yang baik dan berdekatan dengan rumah. Nak register pun senang. Terus je pergi. Bila kami SMS mereka, tak sampai 10 minit diorang reply. Terbaik.

Tapi yang paling penting adalah kursus ini di bawah pemantauan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

Tempat yang sangat sesuai dan best. Ramai orang & ada medan selera, parking pun senang dan free (basement/roadside). Baru tahu diorang ada waterpark untuk budak-budak & flea market. Bestnya.


Korang kena datang awal. kalau tak kena lah beratur.
Kursus Pra Perkahwinan berpandukan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) merupakan kursus yang di WAJIB kan kepada semua bakal-bakal pengantin. Kursus ini merupakan satu usaha JAKIM dalam mempersiapkan individu muslim yang akan bergelar suami isteri dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan agar dapat dijadikan panduan dalam melayari alam rumahtangga kelak.
Peserta kursus akan didedahkan dengan pelbagai tajuk pengisian ilmu antaranya seperti Akidah, Ibadah, Akhlak, Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Kesihatan, Pengurusan Kewangan dan lain-lain lagi.
Semoga dengan menghadiri sesi pengisian ilmu ini, Tuan/Puan akan beroleh rahmat dan mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataala dan dikurniakan rumahtangga yang bahagia di dunia dan di akhirat. Insya Allah.
Sebelum beratur, ambik form dulu. So, bila dah sampai giliran, just submit form je. Nanti diorang bagi file, buku panduan, buku nota & pen. Yuran sebanyak RM120 seorang.

Lokasi Kursus:
Putrajaya, Kompleks Kejiranan Presint 16
Jalan P16G, Presint 16,
Putrajaya 62150
Wilayah Persekutuan

Peta Lokasi : http://alshahir.com.my/lokasi/
Jadual kursus kahwin : http://alshahir.com.my/category/jadual/

Sabtu: 9:00am-6:30pm
Ahad: 9:00am-2:00pm

Bayaran : RM 120.00 seorang
Cara Daftar : Telefon atau SMS +6019-2876979


Setiap tempat kursus berlainan. Ada yang di dalam kelas & ada yang didalm lecture hall. Kalau di Putrajaya, di dalam lecture hall. Sejuk sangat. Kena bawak baju sejuk.

Webstie :  http://alshahir.com.my/


No comments:

Post a Comment