#CeritaFF di Singapore - Day 1

Haaaaa, tengok gambar atas tuuuu. Punya penat berjalan sampai tersadai tepi koridor. Hahahahah. Kt mana tu? Jejomsss baca sampai habis. Hehehe

Aten is in the Singapore ! Ehhh bukan Aten cakap Aten takley g travel jauh2 ke? Ada sebab je ni Aten pergi Singapore. Hee. Dengan siapa? Mesti lah dengan kesayangan Aten , Feeq . Hehehe

Kenapa kitorang pergi Singapore?

Ayah mama Aten cakap okay cun Feeq dah lulus di-interview untuk 'jaga' Aten. So, kitorang pergi Singapore untuk jalan-jalan dan juga membeli cincin tunang. Hehehe.


First kedai ktorang pergi ialah Singtel. Yelaaa dah masuk negara lain, telco Malaysia memang takley guna dah. 1 jam jugak mereput pandang handphone yang bertulis ' No Service ' . Kalau macam kt Malaysia, biasa kedai-kedai pukul 10 dah bukak kan. Tapi kalau kt sini, tak semua kedai yang bukak. Yang sedihnya Singtel ni bukak pukul 11. Bertabahlah tunggu depan kedai sampai bukak. Kuikui


Tedaaaaaaaaaaaaa. Nyawa baru sepanjang di Singapore. Internet connection ! Hahahaha. Feeq cakap simcard ni untuk tourist yang datang kt Singapore.SGPD15 dapat 100GB Data Internet, 500 Minutes Local Call, 30 Minutes International Call dan 100 Local SMS. Boleh guna selama 5 hari. Dengar je 100GB Internet terussssss happy. Bloggers dan Internet mana boleh berpisah kan. Hahahaha.

Terjumpa HTC One M9. Rupanya dekat Singapore tak ada HTC One M9 Plus yang macam Feeq guna. So, sesape nak HTC One M9, boleh beli dekat Singapore :D


Dah nama pun photographer, asal ada masa je mesti amek gambar. Hehehe. Apa yang bestnya kt Singtel ni? Nampak tak besar mana kerusi Aten duduk tu? Haaaa meletupss hokayy kedai ni. Sangat menjaga pelanggan dorang. Bukan macam kt Malaysia, berdiri je. Kuikui


Sepanjang di Singapore, kad ni lah ktorang guna kalau naik MRT.  Suka suka suka ! :D



Dalam MRT, di escalator pun boleh snap gambar. Sangat talented ! Sape nak hire photographer untuk apa-apa photoshoot boleh contact Feeq di 016-6664034 :D


Trust me , berlambak giler keychain jual kt Mustapha Centre. Mata terus jadi segar. Rasa macam nak beli semua je tapi bila ingat kena darab 3 duit Malaysia terus la beringat amek mana yang perlu je. Hekhek


Besar tau Mustafa Centre ni. Ada 3 tingkat kalau tak silap. Naik turun naik turun escalator. Hahaha. Hilang la penat datang sini cuci mata. Hehehe. Feeq cakap kalau nak beli souvenirs untuk kengkawan ke family ke, sini lah tempatnya. Kitorang datang pulak time nak Deepavali, memang ramai lah manusia dalam tu. Bertabahlah !


Apa yang best kt Mustafa Centre ni? Kalau korang spend SGPD100 , korang boleh claim duit GST kt kaunter GST dorang. Kira korang boleh dapat balik SGPD7. Best kannn? Patut buat camtu kt Malaysia jugak. Hewhew


Ehhh ! Datang Singapore pun makan McDonalds apa cerita ni? Haaaa Feeq lah mengidam nak nugget McDonalds yang bersoskan Sos Kari. Ooooo patut lahhhhh. Kt Malaysia mana ada sos kari. Sedap tau kalau makan nugget dengan sos kari ni.



Muka bahagia dapat aiskrim ! Hahahah. Aten ni memang ice-cream lover. Makan aiskrim hari-hari pun takpe. Hehehe.  Bak kata Feeq, kt area Bugis ni banyak orang yang jual aiskrim kt atas motor tu. Beli la aiskrim roti. SGPD1.20 je wehhh. Im a happy kid ! 




Bugis Street ni ala-ala Petaling Street Malaysia. Memang ramai orang. Barang murah-murah. Nak beli souvenirs untuk yang tersayang pun boleh. Heee. Yang paling penting, amek gambar dulu. Nama pun bloggers kann. Hehehe



Curiousnyaaaaa. Bra of Shame punya lukisan pun boleh ada kt tempat camni. Letak la gambar Aten ke gambar Feeq ke. #Ehh 



Dua gambar kt atas ni di Esplanade Concert Hall. Takde tengok concert pun, tengok lukisan yang cantik-cantik kt sini :D


The Merlion. Tempat wajib pergi bila datang Singapore. Tak berapa nak cantik sebab dorang tengah buat apa tah dengan Merlion tu. Tapi asalkan ada gambar sudah. Hehehe.







Masa malam kitorang tgk Marina Bay ni, dorang tengah adakan persembahan. Kira dorang akan suluhkan lampu dari bangunan Marina Bay tu. Seriously, ramai gilaaaaaa orang kt sini nak amek gambar kt sini. Bergambar dengan Marina Bay pun wajib jugak kalau datang sini. Hahahaha.



Lets take a selfie ! Tour guide Aten sepanjang di Singapore. Dekat setiap perhentian mesti dia cerita itu ini memandangkan Aten first time datang sini. Nampak muka penat tapi layan jugak soalan itu ini dari Aten. Thanks sayang ! 

Tunggu next entri hari kedua ktorang di Singapore ye !

3 comments:

  1. Aten..berapa cas nak hire photographer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh contact Feeq 0166664034. Harga depends pada jenis event/photoshoot :)

      Delete
  2. bila nak Day 2 nyer...? hehehehe

    ReplyDelete