Telekung Siti Khadijah - Hadiah untuk teman istimewa

Hari tu kiteorang ada event sama-sama. It was like few days after each of us confess to one and another. So, I pun terfikir nak bagi hadiah. Tapi disebabkan duit tak banyak nak beli bunga or buat candle light dinner  (sebenarnya rasa membazir kot), so I decided to buy something that worth for both of us.

Tengah buat kerja kat office then suddenly dapat idea nak beli telekung. At least I pun dapat tempias pahala sekali tak pun boleh recycle buat hantaran hahaha... Good investment.

 Ini bukan sponsored post. 
So, our friend Yaya Natsumi pun suggest Telekung Siti Khadijah sebab dia cakap the best. For me, semua telekung nampak sama kot. Putih je. Lain la sikit dari kain kapan. Bila dah survey kedai kat mana and nak beli a day before, tapi terpaksa lah beli next day (memang rushing) sebab dieorang tutup petang.

Nasib baik kedai dekat. Kat Bangi. Kalau kat Jalan Tar or Masjid India, nak pergi, memang tak la. The next day early morning dah pergi lepas meeting. Sebab meeting lambat habis, ada la tipu dia. I bilang baru nak keluar studio. Tapi sebab menipu, jalan jam teruk hahaha

Sampai-sampai je, terus tanya salesgirl nak beli yang mana. Dieorang suggest yang Klasik. Rupanya dieorang ada macam-macam model. Ada Modern, Klasik & Harmoni. Disebabkan rushing, tak sempat tanya perbezaan dia. Nanti nak pergi lagi sekali baru tanya.

Dengan tak tengok harga, terus swap card. Lepas dah jumpa dia and bagi barang, dia ada bilang. Mahalnya, nak suruh bayar balik ke apa? RM245 sebab ada price tag kat dalam telekung. Sengal juga tak check awal-awal. Patutla dieorang cakap the best.

Nak kira mahal, rasanya mahal kot. Tak tahu la sebab tak pernah beli telekung. Tapi dia ada bilang yang telekung tu best. Tak pa la. Buat untuk solat juga. Tak membazir pun. 

My dad selalu cakap. Jangan berkira dengan Allah. Kalau nak buat something, biar betul-betul.

Butik Siti Khadijah Bangi
Ground Floor 7-61-03,Jalan Medan Pusat Bandar 8A,Bangi Sentral,
Bandar Baru Bangi, Selangor, 43650, Malaysia

+6013-365 4647

Do follow our personal blog: Feeqsays.com | Fatinbella.com

6 comments:

  1. Replies
    1. Tak sure cantik ke tak. Nak kena tanya yang pakai.

      Delete
    2. yang penting, selesa bagi yang memakainya.. kan?

      Delete
  2. Fuuuh. Nak beli jugak la for my awek.

    ReplyDelete
  3. Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian wanita, tudung & telekung murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

    layari blog kami di
    ONLINE STORE
    atau PHOTO PRODUK

    ReplyDelete