Raya Aidiladha - Confess tapi tak confirm

Assalamualaikum.

This is our first blog post. Tak tahu nak tulis apa. Maybe next time bila dapat idea, kiteorang akan post up something. Okay, for those who don't know, this blog basically is for both of us. Back to basic, blog is a journal. Actually I ni memang pelupa. Lagi-lagi nak ingat date. Birthday and phone number sendiri pun kadang-kadang lupa. So, I hope this journal could help me to remember better.

Hari Raya Aidiladha yang lepas, kiteorang baru je confess tapi tak confirm. Maksudnya? We confess to each other about our feeling. Guess what? Actually both of us like each other. Take note, she took the initiative ok. For me, bab-bab benda macam ni I memang lemah gila. Nak kena ada answer Yes or No. Tak paham bahasa hint. Kira sengal bin bebal.

Sebenarnya kira dia dah tau la yang I have feeling for her. Actually a day before raya, Fatin, Ruby, Naim and I ada pi event then malam tu pi konsert terakhir Ungu. Gila la. Malam raya pi konsert. Tapi sekejap je. Dalam 15 minutes sebab malam raya kot.

Masa nak balik tu, jalan memang jam gila. So, I purposely tak bagi dia bawak balik kereta. Elehhh dari Kg Baru ke Serdang je. Risau punya pasal. Aisehhh... padahal ada niat lain hahaha

So, the next day I have to pick her up kat Serdang pastu pi beraya. Lepas beraya pi la rumah dia kat Kg Baru sebab dia nak ambik kereta bawak balik. Masa otw balik ke Kg Baru, I dah nekad nak confess. Masa nak balik, sengaja ambik jalan jauh lalu Publika. Sebab ada satu kedai dessert yang tak ramai orang tapi kek dia sedap.

Sampai-sampai je, terus pi toilet. Dia punya nervous, tuhan je tahu. Dah lepas calm down, betulkan niat and selawat, terus pi order cake and duduk kat meja. Sekali tengah berbual biasa, dia punya admire pulak call. Dia ni memang ramai peminat. Memang kacau daun. Hilang mood. Rasa nak give up. End up just ambik gambar berdua. Muka I yang tak ada mood.

Dah sampai rumah dia, masa dia keluar kereta, ter panggil nama dia pulak. Tiba-tiba speechless. Once I reach home, ada la text dia and to make it simple, she actually have the same feeling. Paling tak tahan, she can ask me like "Kau nak aku ke tak nak ni?" hahaha

Disebabkan kiteorang tak nak rasa macam terlalu cepat atau salah buat keputusan, we decided to give ourself one month to decide. Solat istikharah, fikir masak-masak, betulkan niat etc.

Inshalllah, end of the month akan pi jumpa parent dia. Ni part yang nervous gila kot.

Raya rumah pertama mestilah rumah Ruby. Wajib datang. Tak bagi datang pun nak datang juga. Comel gila si Adam ni. Dengar kata dia dah pandai ber drama hehehe Klakar la Adam.

Rumah ke dua kiteorang pi rumah Kak Ella. Jom main teka-teki. Umur Kak Ella berapa? hahaha Sporting gila kot Kak Ella. Jenis yang boleh masuk kepala. Yang belakang tu, Aiman. Anak Kak Ella. Nama sama dengan my cousin.

Do follow our personal blog: Feeqsays.com | Fatinbella.com

8 comments: